Monday 18 December 2023

🧑‍🏫 LiTtle CaLiph interview ~

 Assalamualaikum and long time no see~


Harini nak bercerita sedikit mengenai pengalaman interview untuk menjadi kindergarten teacher di Little Caliph. Nak jadikan cerita lepas habis ja belajar, mulalah aku tercari-cari di mana ada lubang kosong yang boleh diisi. Almaklumlah umur pun nk dekat 3 series takkan nak duduk dengan parent lagi kan...

Setelah seminggu apply bermacam-macam kerja termasuk cikgu tadika ni, pada tanggal 18 Disember 2023 sampailah email beritahu suruh isi borang dan attach dokumen2 penting untuk temuduga pada esok harinya...Memang gelabah biawak la aku tiba2 bagi tarikh sampai tak sempat nak prepare. So, aku buat cool ja and baca sikit2 mengenai little caliph and pengalaman2 yang dikongsi orang lain.

Jadi pada keesokan harinya, bersiaplah aku untuk ditemuduga. Aku dapat temuduga online ya...guna Zoom gitu...adoi punya la berdoa janganlah line ke laut...😭

Tepat pukul 11 pagi, masuklah aku dalam online meeting tu. Terdapat 2 orang si penemuduga iaitu seorang dari HR dan seorang lagi vice principal. Dah masuk tu start lah sesi temuduganya. Antara soalan2 yang aku ingat:

1. Please introduce yourself

2. Why choose to be kindergarten teacher?

3. What do you know about Little Caliph?

4. Boleh bacakan surah 3 Qul

5. Nyatakan rukun islam dan rukun iman

6. Adakah cik familiar dengan rancangan pengajaran harian?

7. Jika kanak-kanak tantrums atau menanggis, bagaimana cik handle?

8. Jika parents datang marah2, bagaimana cik menyelesaikannya?

9. Cik mahu bekerja untuk jangka pendek atau jangka panjang?

10. Bolehkah kalau tiba2 pengetua minta bekerja on weekends?

11. Bolehkah cik travel jauh contohnya ke Selangor?

12. Bolehkah cik menerima teguran dari orang yang lebih muda tetapi sudah lama berkhidmat disini?

13. Gaji yang ditawarkan okay tak memandangkan cik ada master?

Ada lagi soalan lain2 tapi aku pun dah tak ingat dah. Jawapan apa pun yang bagi pun aku tak tau.🤣🤣🤣 So for those yang nak interview dengan Little Caliph bolehlah prepare sebaiknya. Sebolehnya kena tahu lah doa2 dan surah2 sebab this kindergarten walaupun banyak menggunakan bahasa Inggeris tapi banyak juga menerapkan ciri2 islamik kepada kanak-kanak. Dari awal lagi mereka diajar membaca Iqra', solat, adab dan bermacam lagi to prepare them as Muslim.

So, good luck guys..!!👍👍👍

No comments:

Post a Comment