Thursday 31 January 2013

Petua Kesihatan & Kecantikan

Petua Merawat Masalah Rambut

Ramai yang menghadapi masalah rambut terutamanya wanita dan lelaki yang berkarier. Kesibukan urusan harian membuatkan kita lupa untuk menjaga dan merawat rambut kita. So saya kongsikan beberapa tips untuk masalah rambut...


Atasi rambut gugur
  • Bersihkan daun bunga raya yang hijau, ramaskan dalam segayung air. Sapu rambut dengan air tadi dan biarkan selama lima minit, kemudian barulah dibilas.


Rambut beruban & kelimumur
  • Ambil secawan air kelapa tua dan gosokkan pada kulit kepala perlahan-lahan. Lakukan setiap hari atau tiga kali seminggu. Insyaallah kelimumur dan uban akan hilang. Selamat mencuba.


Menghilangkan kelemumur
  • Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga lumat, campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu disaring lalu usaplah air saringan tadi ke kepala anda yang ada kelemumur lalu bilas dengan air biasa.
  • Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala. Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam. Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.

Melembutkan rambut
  • Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas.Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu.


Rambut Berbuah
  • Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Bairkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan dua minggu sekali.


Meluruskan Rambut
  • Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.

Wednesday 30 January 2013

Apa-Apa Ja...

 Apakah impian anda?? Or apakah cita-cita anda sejak dari bangku sekolah?? Mesti ramai yang mempunyai cita-cita yang tinggi.. Tapi tak semuanya tercapai.. Ada yang mulanya nak jadi doktor tapi last-last jadi guru.. Ada yang jadi pilot tapi jadi jurutera (coz dia ambik engeneering...hahhahahaha).. Tapi apa diri kita sekarang adalah yang terbaik untuk diri kita yang telah ditentukan oleh Allah.. So be proud of yourself kerana telah menjadi seorang insan yang berkarier dan menjadi kebanggaan ibu bapa...

    
Running Man..
Rancangan hiburan yang mendapat sambutan yang hangat di Korea...Di negara kita pun ada yang menontonnya macam SAYA...hahahaha...Kan bagus kalau negara kita pun ada rancangan hiburan macam running man ni....

Tuesday 29 January 2013

Kenangan Semalam Kembali Menghantui

Aku tidak tahu mengapa hari ini bila bersendirian..aku akan terkenangkan memori lampau yang sukar luput dek ingatan. Teringat apabila zaman kanak-kanak yang penuh suka duka. Waktu dahulu aku pernah bergaduh dengan kawan, usik-mengusik, bercerita, bermain dan macam-macam lagi. Bila dikenangkan terasa ingin sekali kembali ke waktu itu.. Ingin bergaduh dengan kawan kerana hal yang kecil kemudian berbaik semula dengannya... Zaman itu tidak banyak masalah, tidak tahu erti keritnya sebuah kehidupan... Sekarang terasa sunyi hidup bersendiri... Kawan yang dahulunya sering bersama kini pergi berbawa haluan masing-masing..mengejar cita-cita...itulah kehidupan..tidak lari daripada pertemuan dan perpisahan..segalanya sudah ditakdirkan...oleh-Nya....

Thursday 24 January 2013

Lirik Lagu OST Setia Hujung Nyawa

Sini aku kongsikan beberapa lirik lagu ost Setia Hujung Nyawa.. And lagu paling terbaik yang aku suka ialah lagu Setia Hujung Nyawa by Fiq/Gjie feat Mell Sakura....Lagu ni memang best lah....

Lirik Lagu Setia Hujung Nyawa~ fiq /gjie feat Mell Sakura~

Aku tak bisa menidakkan rasa cinta
Meski ku tak bisa melupakan salah mu
resah hatiku
Maafkan diriku
Melukakan mu
Cinta jangan engkau pergi
Jauh dari diri ku lagi
Sesunguhnya cinta kita
Setia ke hujung nyawa
Bila tersedar betapa tulus cintamu
biar apa pun yang menghalangnya
tak kan pernah bisa
dari diriku
menjaga cinta mu
tuhan tolonglah aku
satukan aku dan dirinya selamanya
maafkan diriku
melukakan mu
cinta jangan engkau pergi jauh
dari diriku lagi
sesungguhnya cinta kita setia ke hujung
nyawa
cinta ku tetap di sini
takkkan pernah jauh dari mu
oooooo

Lirik Lagu ADAMU ~Najwa Latif~

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna Kau yang satu
Yang setia bersama ku
Di kala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Kerna Kau yang satu
Yang setia bersama ku
Di kala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan....


Lirik Lagu MATA HATI~Nubhan~

Telah ku kata cinta ini selamanya
Telah ku janji selalu disisi
Walau apa terjadi
Tak ku mungkiri

Begini dekat begitu jauhnya
Dalam jangkauan namun tak tersentuh
Ku hanya ruang kosong
Oh di matamu yang makin suram
Pudar cahaya meremuk jantung ini

Pandanglah aku dengan mata hati
Ku rayu padamu
Peganglah ku biar ku rasa bernyawa
Ku ingin rasa ku masih bermakna

Telah ku hafal tiap garis di wajahmu
Telah ku kenal bahasa tubuhmu
Bertambah sukar lagi membiarkan kau resah begini
Kerana aku yang pernah kau kasihi

Pandanglah aku dengan mata hati
Ku rayu padamu
Peganglah ku biar ku rasa bernyawa
Ku ingin rasa ku masih bermakna

Perpisahan paling menyiksa
Ketika bahagia sedang di puncak tertinggi dalam kehidupan
Namun siapalah aku untuk merubah suratan
Bila masanya tiba

Pandanglah aku
Pandanglah ku biar ku rasa bernyawa
Ku ingin rasa ku masih bermakna

Pandanglah aku dengan mata hati
Ku rayu padamu
Peganglah ku biar kurasa bernyawa
Ku ingin rasa ku masih bermakna

Ku ingin ku rasa terus bernyawa
Telahku kata cinta ini selamanya...

Lirik Lagu Maafkan Aku-Last Minute

Dan apa
Yang kau mahukan dari ku
Telah lamaku kata
Yang ku cinta sepenuh hatiku

Sampai bila
Harus aku menunggu cintamu
Apabila ku sedari
Kaulah yang pertama ku cintai

Maafkanlah diri ini
Jika takdir menjemputku dahulu
Hanya saat ini yang dapat menemanimu

Dengarkanlah sekali lagi
Jika kau tak percaya pada diriku
Bilaku berkata,
Said i love you....dududu

*Ulang dari atas sampai bawah

hoho...hohohoho...
dududu....

Maafkan lah diri ini
Jika takdir menjemputku dahulu
Hanya saat ini yang dapat menemanimu

Dengarkanlah sekali lagi
Jika kau tak percaya pada diriku
Bilaku berkata,
Said i love you....dududu

Maafkan aku
Oh maafkan aku
Maafkan aku
Oh maafkan aku


Lirik Lagu Sastera si kupu-kupu-Mimie Haris


Betapa kelam buat aku tak termampu
Di mana kau mentari
Yang dahulu di sisi

Betapa kejam bila sayapku kau patah
Tubuhku pun melemah
Diriku pun merebah

Sakit ini
Adalah setia yang tak pernah kau mengerti

Berharap kasih moga engkau mampu memahami
Walaupun bukan sekarang
Bahagia menjelang

Berharap kasih moga engkau mahu tuk bersama
Andai musim pun berubah
Dirimu kan datang

Aku si kupu-kupu
Hinggap di kuntum hatimu


Berharap kasih moga engkau mampu memahami
Walaupun bukan sekarang
Bahagia menjelang

Mengharap kasih moga engkau mahu tuk bersama
Andai musim pun berubah
Dirimu kan datang

Mengharap kasih
Bahagia menjelang
Mengharap kasih moga engkau mahu tuk bersama

Andai musim pun berubah
Dirimu kan datang