Saturday 7 December 2013

Heartstring ost You're Fallen for Me

* Best cita nie...sweet btol...

ENGLISH + KEDAH

are what - kenapa
car talk - ketuk
dare par - mereka
team bar - baldi
my - mari
Hunt die - handal
bear sand - besin
air lock - cantik
bore toy - botol
pair let - dialek
the rare bar - pemandu
bar lone - pukul
sue war - hulur
chair box - kole
harm par - awak, kalian
hard - yang
check - saya, kamu
K check - pujuk
Port - tin
per door - hati-hati



*hahaha bole trbelit lidah oo..(^o^)

Wednesday 13 November 2013

SOALAN SPOT KIMIA SPM 2013

TAJUK PENTING SOALAN KIMIA
[Kertas 2]

(Bahagian A)
1. Formula empirik (langkah keselamatan, lukis semula rajah, pemerhatian, pengiraan)
2. Jadual berkala unsur
3. Sebatian karbon (alkana, alkena, alkohol)
4. Garam
5. Redoks dan elektrolisis (definisi)
6. Sabun dan detergen (penyediaan sabun, kebaikan, keburukan)
7. Proses sentuh dan proses haber
8. Termokimia

(Bahagian B)
1. Penyediaan garam terlarutkan / tak terlarutkan (kenal pasti anion / kation)
2. Kadar tindak balas (mangkin, luas permukaan, kepekatan)
3. Gabungan (alloi / kaca / polimer + getah polimer / pemvulkanan)

GOOD LUCK AND DO THE BEST!!!

SOALAN SPOT FIZIK SPM 2013

TAJUK FOKUS FIZIK
[PAPER 2]

(Section A)
1. Micrometer screw gauge / vernier calipers
2. Latent heat fussion / vaporization / specific heat
3. Bernoulli principle
4. Refraction of light / glass index
5. Young concept / interference of light/water
6. CRO and rectification / diode
7. Logic gate
8. Half-life / rays / radioactive

(Section B)
1. Momentum / boat or plane modification
2. Electromagnet / transformer
3. Gas law / gas pressure
4. Projector / lens

[PAPER 3]

(Section A)
1. Extension of spring
2. Hooke law
3. Object distance on image size
4. Focal lenght

(Section B)
1. Resistant over wire diameter
2. Temperature
3. Inertia

GOOD LUCK!!!

SOALAN SPOT BIOLOGI SPM 2013

OPPSS.. jangan terlalu bergantung pada soalan spot je tau...soalan nie tak semestinya keluar dalam peperiksaan sebenar....but..usaha tangga kejayaan..good luck!!

Tajuk Fokus Penting Biologi SPM 2013
Kertas 2
Section A
1. Mitosis / Meiosis - Kanser dan kultur tisu
2. Enzim (faktor yang mempengaruhi aktiviti enzim)
3. Ekosistem dinamik
4. Kitar Haid
5. Persenyawaan Ganda Dua
6. Nutrisi
7. Pewarisan / Variasi
8. Pencemaran / Udara / Kesan rumah hijau

Section B
1.  Respirasi dan Fotosintesis

Friday 1 February 2013

Tips Kecantikan Secara Alami

Tak payah susah-susah beli produk mahal-mahal... Sini saya kongsikan beberapa tips yang mungkin boleh digunakan..... Buat apa beli produk mahal jika kesannya tidak memuaskan dan risikonya pulak tinggi.... Baca tips di bawah:

4 TIPS MATA MENAWAN


Petua 1
Sama ada anda mengenakan solekan atau tidak, mata perlu dibersihkan setiap hari. Gunakan pembersih khusus kerana mata adalah antara bahagian yang agak sensitif berbanding bahagian wajah lain.

Petua 2
Minum air masak secukupnya bagi mengelakkan bahagian keliling mata daripada kering dan berkedut. Keadaan cuaca yang panas atau dingin penyaman udara boleh mempercepatkan mata menjadi berkedut. Namun elakkan minum air dua jam sebelum tidur bagi menghindari terjadinya eyebag.

Petua 3
Kaedah tradisional seperti meletakkan timun atau uncang teh yang telah dipakai pada mata boleh membantu mata untuk berehat selain menjimatkan kos. Menyapukan ais di keliling mata juga antara kaedah yang dapat membantu melancarkan perjalanan darah.

Petua 4
Lakukan senaman ringan dengan menggerakkan mata ke kanan, kiri, atas dan bawah dalam kiraan 5-12 saat bagi meredakan ketegangan di sekitar otot mata. Ia amat berkesan sekiranya anda melakukan tugasan sepanjang hari di hadapan komputer.


* Perawatan Wajah
Hal utama yang harus dilakukan untuk tampil cantik adalah melakukan perawatan wajah, kerana kebanyakan orang menilai kecantikan dari wajah. Anda dapat melakukan perawatan wajah dengan bahan-bahan alami  sebagai berikut :


- Limau Nipis
Jeruk nipis dapat membuat kulit wajah menjadi bersih, segar dan bebas dari bakteri penyebab jerawat, karena asam yang terdapat pada limau nipis dapat mematikan bakteri pada wajah. Anda dapat mencubanya dengan cara membelah dan mengoleskannya langsung pada wajah. Saat menggunakan  limau nipis pada wajah mungkin akan terasa sedikit perih selama beberapa saat, tetapi hasil yang akan didapat akan bermanfaat baik bagi kulit.

- Lemon
Lemon mengandung Vitamin C yang dapat merawat dan mencerahkan warna kulit, selain itu lemon juga bermanfaat untuk memudarkan flek hitam pada wajah. Caranya dengan memotong lemon menjadi 2 bagian, setelah itu peras lemon ke dalam mangkuk. Celupkan kapas pada air lemon, lalu gosokkan kapas ke wajah sahabat dengan gerakan melingkar. Diamkan sisa lemon pada wajah, tanpa dibilas dan biarkan selama semalaman agar kandungan lemon meresap pada kulit wajah. 

* Perawatan Kulit
Setelah melakukan perawatan wajah dengan baik, langkah selanjutnya adalah dengan melakukan perawatan kulit agar kulit selalu terlihat sihat dan lembut dengan bahan-bahan alami sebagai berikut ini :

- Mentimun
Mentimun bermanfaat untuk menyegarkan dan melembabkan kulit karena mentimun mempunyai banyak kandungan air didalamnya. Selain itu Niacin yang terkandung di dalam mentimun juga dapat bermanfaat untuk memutihkan kulit secara alami. Caranya dengan memarut mentimun dengan ukuran sederhana, lalu tambahkan 10 titis air lemon. Setelah itu oleskan ke seluruh bagian tubuh, biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air bersih.

- Minyak Zaitun
Minyak zaitun bermanfaat untuk menghaluskan kulit tubuh. Caranya juga sangat mudah hanya dengan mengoleskannya secara teratur pada bagian kulit yang kering setiap hari.

- Air Kelapa
Air kelapa memiliki kandungan asam amino dan Vitamin C yang dapat memelihara dan mencerahkan kulit secara alami. Caranya dengan mengoleskan air kelapa segar pada kulit tubuh. Sebaiknya lakukanlah setiap 1 minggu sekali.

* Perawatan Kuku
Selain wajah dan kulit, kuku juga menjadi pusat perhatian dalam melakukan perawatan kecantikan. Anda dapat mencubanya dengan berbagai cara seperti di bawah ini :

- Belimbing Buluh
Belimbing buluh bermanfaat untuk membersihkan kotoran yang terdapat pada celah-celah kuku dan kulit luar dan dapat memperkuat kuku. Caranya dengan menggosokkan potongan belimbing buluh pada kuku yang mau dibersihkan, setelah itu bilas dengan air bersih.

- Lemon
Bagi sahabat yang mempunyai jenis kuku rapuh dan mudah patah, bisa mencoba dengan menggunakan air perasan lemon dengan cara merendam kuku ke dalam perasan lemon yang telah dicampur dengan 1 sendok madu dan air hangat. Rendam kuku selama 10-15 menit. Lakukanlah secara teratur dan dapatkan kuku bersih dan bercahaya.

- Bawang Putih
Bawang putih mempunyai kandungan zat yang berguna untuk menguatkan kuku. Caranya parutlah bawang putih hingga halus, kemudian oleskan pada kuku. Tunggu beberapa minit, setelah itu bersihkan kuku dengan air bersih.

SELAMAT MENCUBA...>_<


Merawat Kulit Berminyak

Ramai yang menhadapi masalah kulit wajah. Produk yang dijual di pasaran kadang kala memberikan kesan yang negatif kerana kurang sesuai dengan kulit wajah kita.. Oleh itu, saya kongsikan beberapa cara merawat kulit berminyak tanpa memerlukan kos dan risiko yang tinggi... Yang paling penting ia menggunakan bahan fresh dan senang didapati...

MASKER STRAWBERI YOGURT 


Bahan-bahan: 
Enam biji strawberi segar (dilecekkan)
Satu sudu makan yogurt asli (tanpa perisa)

Dimulakan dengan membasuh enam biji buah strawberi tadi. Kemudian gunakan garfu untuk melecek buah tadi di dalam sebuah mangkuk sehingga hancur. Masukkan campuran yogurt dan kacau hingga sebati. Selepas kedua-dua campuran yang diadun sebati menjadi adunan kental dan melekit, letakkan ia di wajah anda. Tinggalkan masker tadi di wajah anda selama 20 minit kemudian bilas dengan air sejuk. 

MASKER TELUR DAN AVOKADO 


Bahan-bahan:
Satu biji telur (Ambil putih telur sahaja, kuning simpan buat sarapan. Jangan membazir ya!)
Setengah biji avokado
Satu sudu makan perahan limau

Sekiranya anda inginkan kulit wajah yang halus, lembut dan tidak kering, maka buatlah masker wajah berstektur lembut yang dapat membantu anda menghapuskan kilauan dan menambah kelembutan. Bermula dengan putih telur yang dipukul di dalam mangkuk sehingga kembang. Kemudian cincang atau lecekkan buah avokado tadi sehingga lumat dan lembut. Tuang putih telur, avokado dan satu sudu perahan limau tadi ke dalam pengisar. Kisar campuran tadi sehingga ia menjadi pes dan letakkan ke wajah anda. Biarkan ia selama lima minit kemudian bilas dengan air sejuk. 

MASKER EMPINGAN OAT 


Bahan-bahan:
Sebiji timun
Dua sudu makan yogurt asli
Setengah cawan empingan oat

Sekiranya anda jenis yang tidak suka bahan kimia di dalam skrab, pengelupasan tetapi ingin menghalang bintik hitam dan bintik putih daripada 'menghiasi' wajah anda, gunalah masker yang menenangkan ini. Untuk membuatnya, anda perlu menghiris timun tadi dan kisar ia. Masukkan yogurt dan empingan oat yang telah disukat tadi. Sebaik saja campuran tadi menjadi pes, oleskan ia di wajah dan biar sehingga 10 minit kemudian bilas dengan air sejuk. Untuk hasil lebih efektif, pakai penyegar (daripada produk bebas kimia) khusus untuk kulit sensitif selepas pemakaian masker ini. 

MASKER EPAL MADU 


Bahan-bahan:
Sebiji buah epal
Tiga sudu makan madu

Kepada sesiapa yang ingin mengetatkan atau mengecilkan liang roma di wajah, masker epal madu ini adalah pilihan yang tepat! Anda boleh membuatnya dengan menghiris nipis epal segar yang telah dikupas kulitnya kemudian kisar bersama tiga sudu makan madu menggunakan mesin pengisar sehingga ia menjadi pes. Sapukan ke seluruh wajah dan biarkan ia selama 15 minit. Bilas campuran tadi dengan air sejuk dan nikmati kulit wajah yang tegang dan halus! 

MASKER SODA PENAIK 

Kepada yang 'menderita' serangan bintik hitam patut menggunakan 'resipi' ini. Masker serba mudah ini boleh dibuat dengan hanya menggunakan soda penaik dan air. Campurkan kedua-dua bahan ini sehingga menjadi pes tebal dan pakaikan di wajah anda. Kemudian urut perlahan dan lembut pes tadi di wajah dan biarkan ia selama 10 minit. Kemudia bilas dengan air sejuk.

SELAMAT MENCUBA...^o^

Thursday 31 January 2013

Petua Kesihatan & Kecantikan

Petua Merawat Masalah Rambut

Ramai yang menghadapi masalah rambut terutamanya wanita dan lelaki yang berkarier. Kesibukan urusan harian membuatkan kita lupa untuk menjaga dan merawat rambut kita. So saya kongsikan beberapa tips untuk masalah rambut...


Atasi rambut gugur
  • Bersihkan daun bunga raya yang hijau, ramaskan dalam segayung air. Sapu rambut dengan air tadi dan biarkan selama lima minit, kemudian barulah dibilas.


Rambut beruban & kelimumur
  • Ambil secawan air kelapa tua dan gosokkan pada kulit kepala perlahan-lahan. Lakukan setiap hari atau tiga kali seminggu. Insyaallah kelimumur dan uban akan hilang. Selamat mencuba.


Menghilangkan kelemumur
  • Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga lumat, campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu disaring lalu usaplah air saringan tadi ke kepala anda yang ada kelemumur lalu bilas dengan air biasa.
  • Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala. Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam. Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.

Melembutkan rambut
  • Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas.Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu.


Rambut Berbuah
  • Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Bairkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan dua minggu sekali.


Meluruskan Rambut
  • Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.

Wednesday 30 January 2013

Apa-Apa Ja...

 Apakah impian anda?? Or apakah cita-cita anda sejak dari bangku sekolah?? Mesti ramai yang mempunyai cita-cita yang tinggi.. Tapi tak semuanya tercapai.. Ada yang mulanya nak jadi doktor tapi last-last jadi guru.. Ada yang jadi pilot tapi jadi jurutera (coz dia ambik engeneering...hahhahahaha).. Tapi apa diri kita sekarang adalah yang terbaik untuk diri kita yang telah ditentukan oleh Allah.. So be proud of yourself kerana telah menjadi seorang insan yang berkarier dan menjadi kebanggaan ibu bapa...

    
Running Man..
Rancangan hiburan yang mendapat sambutan yang hangat di Korea...Di negara kita pun ada yang menontonnya macam SAYA...hahahaha...Kan bagus kalau negara kita pun ada rancangan hiburan macam running man ni....

Tuesday 29 January 2013

Kenangan Semalam Kembali Menghantui

Aku tidak tahu mengapa hari ini bila bersendirian..aku akan terkenangkan memori lampau yang sukar luput dek ingatan. Teringat apabila zaman kanak-kanak yang penuh suka duka. Waktu dahulu aku pernah bergaduh dengan kawan, usik-mengusik, bercerita, bermain dan macam-macam lagi. Bila dikenangkan terasa ingin sekali kembali ke waktu itu.. Ingin bergaduh dengan kawan kerana hal yang kecil kemudian berbaik semula dengannya... Zaman itu tidak banyak masalah, tidak tahu erti keritnya sebuah kehidupan... Sekarang terasa sunyi hidup bersendiri... Kawan yang dahulunya sering bersama kini pergi berbawa haluan masing-masing..mengejar cita-cita...itulah kehidupan..tidak lari daripada pertemuan dan perpisahan..segalanya sudah ditakdirkan...oleh-Nya....

Thursday 24 January 2013

Lirik Lagu OST Setia Hujung Nyawa

Sini aku kongsikan beberapa lirik lagu ost Setia Hujung Nyawa.. And lagu paling terbaik yang aku suka ialah lagu Setia Hujung Nyawa by Fiq/Gjie feat Mell Sakura....Lagu ni memang best lah....

Lirik Lagu Setia Hujung Nyawa~ fiq /gjie feat Mell Sakura~

Aku tak bisa menidakkan rasa cinta
Meski ku tak bisa melupakan salah mu
resah hatiku
Maafkan diriku
Melukakan mu
Cinta jangan engkau pergi
Jauh dari diri ku lagi
Sesunguhnya cinta kita
Setia ke hujung nyawa
Bila tersedar betapa tulus cintamu
biar apa pun yang menghalangnya
tak kan pernah bisa
dari diriku
menjaga cinta mu
tuhan tolonglah aku
satukan aku dan dirinya selamanya
maafkan diriku
melukakan mu
cinta jangan engkau pergi jauh
dari diriku lagi
sesungguhnya cinta kita setia ke hujung
nyawa
cinta ku tetap di sini
takkkan pernah jauh dari mu
oooooo

Lirik Lagu ADAMU ~Najwa Latif~

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna Kau yang satu
Yang setia bersama ku
Di kala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Kerna Kau yang satu
Yang setia bersama ku
Di kala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan....


Lirik Lagu MATA HATI~Nubhan~

Telah ku kata cinta ini selamanya
Telah ku janji selalu disisi
Walau apa terjadi
Tak ku mungkiri

Begini dekat begitu jauhnya
Dalam jangkauan namun tak tersentuh
Ku hanya ruang kosong
Oh di matamu yang makin suram
Pudar cahaya meremuk jantung ini

Pandanglah aku dengan mata hati
Ku rayu padamu
Peganglah ku biar ku rasa bernyawa
Ku ingin rasa ku masih bermakna

Telah ku hafal tiap garis di wajahmu
Telah ku kenal bahasa tubuhmu
Bertambah sukar lagi membiarkan kau resah begini
Kerana aku yang pernah kau kasihi

Pandanglah aku dengan mata hati
Ku rayu padamu
Peganglah ku biar ku rasa bernyawa
Ku ingin rasa ku masih bermakna

Perpisahan paling menyiksa
Ketika bahagia sedang di puncak tertinggi dalam kehidupan
Namun siapalah aku untuk merubah suratan
Bila masanya tiba

Pandanglah aku
Pandanglah ku biar ku rasa bernyawa
Ku ingin rasa ku masih bermakna

Pandanglah aku dengan mata hati
Ku rayu padamu
Peganglah ku biar kurasa bernyawa
Ku ingin rasa ku masih bermakna

Ku ingin ku rasa terus bernyawa
Telahku kata cinta ini selamanya...

Lirik Lagu Maafkan Aku-Last Minute

Dan apa
Yang kau mahukan dari ku
Telah lamaku kata
Yang ku cinta sepenuh hatiku

Sampai bila
Harus aku menunggu cintamu
Apabila ku sedari
Kaulah yang pertama ku cintai

Maafkanlah diri ini
Jika takdir menjemputku dahulu
Hanya saat ini yang dapat menemanimu

Dengarkanlah sekali lagi
Jika kau tak percaya pada diriku
Bilaku berkata,
Said i love you....dududu

*Ulang dari atas sampai bawah

hoho...hohohoho...
dududu....

Maafkan lah diri ini
Jika takdir menjemputku dahulu
Hanya saat ini yang dapat menemanimu

Dengarkanlah sekali lagi
Jika kau tak percaya pada diriku
Bilaku berkata,
Said i love you....dududu

Maafkan aku
Oh maafkan aku
Maafkan aku
Oh maafkan aku


Lirik Lagu Sastera si kupu-kupu-Mimie Haris


Betapa kelam buat aku tak termampu
Di mana kau mentari
Yang dahulu di sisi

Betapa kejam bila sayapku kau patah
Tubuhku pun melemah
Diriku pun merebah

Sakit ini
Adalah setia yang tak pernah kau mengerti

Berharap kasih moga engkau mampu memahami
Walaupun bukan sekarang
Bahagia menjelang

Berharap kasih moga engkau mahu tuk bersama
Andai musim pun berubah
Dirimu kan datang

Aku si kupu-kupu
Hinggap di kuntum hatimu


Berharap kasih moga engkau mampu memahami
Walaupun bukan sekarang
Bahagia menjelang

Mengharap kasih moga engkau mahu tuk bersama
Andai musim pun berubah
Dirimu kan datang

Mengharap kasih
Bahagia menjelang
Mengharap kasih moga engkau mahu tuk bersama

Andai musim pun berubah
Dirimu kan datang