Tuesday, 29 January 2013

Kenangan Semalam Kembali Menghantui

Aku tidak tahu mengapa hari ini bila bersendirian..aku akan terkenangkan memori lampau yang sukar luput dek ingatan. Teringat apabila zaman kanak-kanak yang penuh suka duka. Waktu dahulu aku pernah bergaduh dengan kawan, usik-mengusik, bercerita, bermain dan macam-macam lagi. Bila dikenangkan terasa ingin sekali kembali ke waktu itu.. Ingin bergaduh dengan kawan kerana hal yang kecil kemudian berbaik semula dengannya... Zaman itu tidak banyak masalah, tidak tahu erti keritnya sebuah kehidupan... Sekarang terasa sunyi hidup bersendiri... Kawan yang dahulunya sering bersama kini pergi berbawa haluan masing-masing..mengejar cita-cita...itulah kehidupan..tidak lari daripada pertemuan dan perpisahan..segalanya sudah ditakdirkan...oleh-Nya....

No comments:

Post a Comment